Minggu ini makmal komputer telah mula digunakan oleh pelajar pagi daripada jam 1:10 hingga 2:00 petang. Bagi tidak menghampakan permintaan pelajar, makmal dibuka untuk digunakan oleh mereka bagi membuat tugasan yang diberikan guru. Ahli Briget ICT yang dalam proses penubuhan masih belum bertugas.
Sehubungan itu kepada semua ahli Briget ICT, anda akan memulakan tugas mengikut jadual yang sudah ditetapkan pada minggu depan (selepas cuti Tahun Baru Cina).
Sila dapatkan maklumat daripada guru anda jika ada sebarang pertanyaan.
Kepada pelajar yang menggunakan kemudahan makmal, cikgu ingin mengingatkan sekali lagi supaya tidak sesekali-kali menyalahgunakan kemudahan makmal dengan melayari laman yang tidak bermanfaat dan tiada kaitan dengan pembelajaran.